Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
253) PASAR AWAM
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah cadangan Kerajaan Negeri terhadap tapak pasar awam yang belum dibangunkan dan pasar awam Ulu Yam Baru yang habis terbakar pada 29 Julai 2013
Majlis Daerah Hulu Selangor sedang berusaha untuk membangunkan semula pasar Hulu Yam Bharu. Namun begitu cadangan ini adalah tertakluk kepada peruntukan dan keperluan dari masa ke
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri mengenai pasar pagi di tepi jalan yang masih wujud di seluruh Selangor
Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada halangan mengenai pasar pagi di tepi jalan yang masih wujud di seluruh Selangor memandangkan penetapan tapak telah ditentukan oleh PBT berdasarkan kesesuaian dan permintaan (demand and supply). Kerajaan Negeri berpandangan selagi isu kebersihan diambil perhatian dan tiada aduan diterima maka pasar pagi boleh beroperasi seperti