Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
151) PARKIR KENDERAAN BERAT DI KAWASAN TAMAN PERUMAHAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan diambil dan kuasa diberikan untuk kenderaan berat yang Parkir dalam kawasan perumahan?
Tindakan yang akan diambil adalah dengan mengeluarkan kompaun di bawah Undang- undang Kecil (UUK 7), Undang-Undang Kecil Taman PBT 2005 yang melarang kenderaan melebihi dua tan masuk ke mana-mana taman tanpa kebenaran bertulis daripada Yang Dipertua. Mana-mana pegawai Majlis yang diberi kuasa boleh mengalihkan mana-mana kenderaan bermotor yang melanggar peruntukan perenggan (1) dan menahan motor itu di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai oleh Yang Dipertua. Selain itu, operasi bersepadu dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilaksanakan termasuk menyenaraihitamkan kenderaan berat tersebut.
-
Bolehkah kerajaan negeri bersedia ubah undang-undang dan peraturan membenarkan PBT tunda kenderaan berat di Parkir dalam kawasan perumahan?
Kerajaan Negeri akan meneliti kuasa-kuasa PBT yang sedia ada bagi menangani isu kenderaan berat di parkir kawasan perumahan dan sekiranya terdapat keperluan untuk meminda UUK yang berkaitan Kerajaan Negeri akan berunding dengan pihak PBT bagi tujuan penyeragaman pelaksanaan selaras dengan kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Seksyen 9(1) Akta Kerajaan Tempatan.