Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
151) PARKIR DI DEWAN JUBLI PERAK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan lot parkir di belakang Dewan Jubli jika dimaksimumkan penggunaannya?
Terdapat 172 petak lot parkir yang telah dibangunkan di belakang Dewan Jubli.
-
Berapakah kos yang perlu dibelanjakan bagi membangunkan kesemua lot-lot tersebut?
Kos perbelanjaan yang terlibat untuk membangunkan ke semua lot-lot tersebut adalah sebanyak RM494,099.50
-
Berapakah jumlah keseluruhan lot parkir di SUK sekiranya lot-lot tadi dibangunkan sepenuhnya?
Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 894 lot parkir di sekitar bangunan SSAAS dan ianya termasuk lot parkir di belakang Dewan Berikut adalah pecahan lot parkir mengikut zon :
- Zon A – 522 lot
- Zon B – 45 lot
- Zon C – 19 lot
- Zon D – 54 lot
- Zon E – 13 lot
- Parkir Pelawat – 41 lot
- Parkir Pelawat – 172 lot (Belakang Dewan Jubli)