Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

159) PARKIR AWAM

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah parkir yang disediakan untuk Klinik Kesihatan Kampung Rantau Panjang dan Klinik Kesihatan Kampung Bukit Kapar?

    Jawapan a dan b dijawab bersekali.

    Kemudahan Parkir Klinik Kesihatan Rantau Panjang

    Klinik Kesihatan (KK) Rantau Panjang merupakan Klinik Desa naiktaraf ke Klinik Kesihatan pada tahun 2013 dengan keluasan tanah 0.2611 ekar @ 1,056.77 meter persegi. Dalam tempoh 5 tahun, purata kedatangan harian di klinik ini telah menunjukkan peningkatan dari 300 ke 500 sehari. Pada peringkat awal, hanya 4 lot kemudahan parkir dalam kawasan klinik disediakan untuk kenderaan jabatan termasuk Ambulans dan anggota kesihatan. Tiada kemudahan parkir bagi orang awam/pesakit disediakan di dalam kawasan klinik.

    Disebabkan peningkatan kedatangan pesakit yang ketara, keperluan untuk menyediakan prasarana yang lebih kondusif dan selesa kepada pesakit dan anggota, bangunan KK Rantau Panjang telah dinaiktaraf kepada bangunan 2 tingkat bawah kelulusan projek pembangunan (BP060) tahun 2023 yang telah siap dibina pada akhir Disember 2023. Perkhidmatan kesihatan di bangunan baru KK Rantau Panjang mula beroperasi pada April 2024 dan perluasan bangunan ini telah menyebabkan keluasan tanah klinik bagi kemudahan parkir semakin terhad di mana hanya 2 lot parkir kenderaan sahaja dapat disediakan i.e. parkir Ambulans dan OKU. Bagi kenderaan pesakit dan 40 anggota kesihatan yang lain tiada kemudahan parkir disediakan. Kawasan lapang (bahu jalan) sepanjang jalan utama menjadi tempat parkir bagi anggota kesihatan dan pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di KK. Walaubagaimanapun dalam tempoh setahun kebelakangan ini, kawasan lapang semakin terhad disebabkan oleh pembinaan dan pengoperasian kedai-kedai makan di kawasan tersebut.

    Menyedari akan isu ini, pihak pengurusan PKD merancang untuk mendapatkan kelulusan pengambilan tanah kawasan lapang tersebut (tanah rizab JKR) bagi permohonan peruntukan pembinaan parkir bagi KK Rantau Panjang. Dalam masa yang sama pihak PKD bekerjasama dengan Panel Penasihat KK Rantau Panjang dan wakil masyarakat setempat untuk mendapatkan bantuan pihak kerajaan tempatan bagi memperuntukan kawasan lapang tersebut khas untuk anggota dan pesakit KK Rantau Panjang.

    Kemudahan Parkir Klinik Kesihatan Kapar

    Klinik Kesihatan Kapar merupakan KK baru jenis 3 yang telah dinaik taraf dan mula beroperasi pada 31hb Januari 2022 dengan purata kehadiran seramai 600 sehari. Terdapat kemudahan parking yang mencukupi disediakan bagi pengunjung dan anggota seperti berikut:

    1. 164 parkir kereta (50 parkir untuk anggota)
    2. 2 OKU parkir
    3. 10 parkir kereta di kuarters dan
    4. 86 parkir motosikal

    Sehingga kini pihak pengurusan klinik dan PKD tiada menerima sebarang aduan berkaitan kemudahan parkir di Klinik Kesihatan Kapar

  2. Apakah alternatif kerajaan untuk menyediakan parkir yang mencukupi kepada pengunjung yang datang ke klinik?

Lampiran

Tiada Lampiran.