Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
110) PARIT TANAH TAMAN RAJA UDA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah MPK akan menukar parit tanah kepada parit konkrit di Taman Raja Uda, Pelabuhan Klang?
Parit tanah sedia ada merupakan parit yang berada di atas sempadan hak milik tanah persendirian. Pada masa ini pihak Majlis hanya melakukan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan bagi parit tanah yang dimaksudkan. Parit konkrit akan dibina apabila tapak tersebut dibangunkan atau mendapat persetujuan izin lalu daripada pemilik berkenaan