Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
288) PARIT SALIRAN JPS DALAM DUN SUNGAI PANJANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang telah tersedia untuk penyelenggaraan parit bagi tahun 2022?
Peruntukan yang telah tersedia untuk penyelenggaraan parit bagi tahun 2022 di Daerah Sabak Bernam adalah sebanyak RM3.536 juta. Kerja-kerja penyelenggaraan parit dilaksanakan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Maklumat kerja-kerja penyelenggaraan parit di Daerah Sabak Bernam adalah seperti berikut:-
Bil. Skop Penyelenggaraan (Bilangan Pusingan) Peruntukan Tahun 2022 (RM)
Jumlah MPKK Terlibat 1. Saliran (3 Pusingan) 1,146,644.40 38 2. Pengairan (4 Pusingan) 2,389,630.00 47 Jumlah 3,536,274.40 85 -
Apakah bentuk tindakan untuk memantau dan memastikan setiap parit diselenggara dengan sempurna?
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Sabak Bernam sentiasa melaksanakan pemantauan berkala dan pemeriksaan di tapak sebelum bayaran diperakukan bagi memastikan kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan dengan sempurna dan efektif. Selain itu, pihak JPS Daerah Sabak Bernam juga sentiasa berusaha dalam memastikan agar rizab parit tidak diceroboh yang boleh menganggu pelaksanaan kerja penyelenggaraan.