Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
127) PARIT-PARIT DAN ANAK-ANAK SUNGAI YANG BERTAKUNG DI IJOK : BANYAK PARIT-PARIT DAN ANAK-ANAK SUNGAI DI IJOK AIRNYA BERTAKUNG DAN DIPENUHI DENGAN TUMBUH-TUMBUHAN MENGAKIBATKAN PEMBIAKAN NYAMUK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Jabatan Parit dan Air Selangor mematuhi S.O.P di dalam pengendalian parit-parit dan anak-anak sungai di Selangor?
Ya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor sentiasa mematuhi S.O.P di dalam pengendalian parit-parit dan anak-anak sungai di dalam Negeri Selangor.
-
Apakah tindakan telah diambil untuk mengatasi masalah ini?
Tindakan yang telah diambil bagi mengatasi parit dan anak sungai yang bertakung di Ijok, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor sentiasa melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sungai secara berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti butiran berikut :
- Pembersihan parit – Tiga (3) kali setahun
- Pengorekan parit – Satu (1) kali setahun
Maklumat Tambahan
- Kos bagi Kerja-kerja pembersihan parit yang dilaksanakan adalah sebanyak RM 147,000.00 bagi satu pusingan dan pada tahun ini peruntukan yang diterima adalah sebanyak RM RM 441,000.00 bagi perlaksanaan kerja sebanyak 3
- Manakala peruntukan yang diterima pada tahun bagib perlaksanaan kerja- kerja pengorekan parit adalah sebanyak RM 500,000.00