Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
108) PARIT JEPUN (PARIT GUNASAMA)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah penyelesaian pejabat tanah terhadap parit jepun?
Pejabat Daerah/Tanah Petaling maklum mengenai masalah parit jepun yang terdapat di kawasan ADUN Paya Jaras berdasarkan aduan yang diterima oleh Pentadbiran ini daripada penduduk setempat. Aduan yang diterima adalah mengenai kelemahan sistem perparitan yang tidak dapat menampung takungan air setiap kali hujan lebat yang melanda di kawasan ini sehingga mengakibatkan banjir. Justeru itu, hasil dari siasatan tapak yang dijalankan, permasalahan parit jepun ini sewajarnya dimajukan untuk diselesaikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dilihat mempunyai kepakaran mengenai sistem saliran dan kejuruteraan air. Selain itu juga, bagi menangani masalah ini, kos yang dianggarkan adalah tinggi manakala pentadbiran ini hanya bertanggungjawab dalam melaksanakan projek-projek kecil dalam lingkungan daerah sahaja. Pentadbiran ini berpandangan kajian terperinci mengenai sistem saliran di kawasan ini perlu dijalankan oleh JPS terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan dapat dilaksanakan.
-
Apakah polisi kerajaan untuk jangka masa panjang?
Bagi menangani masalah ini dalam jangka masa panjang, Pentadbiran ini berpendapat adalah wajar dijalankan satu kajian terperinci mengenai cara untuk menangani kelemahan sistem saliran sedia ada di kawasan ini khususnya yang melibatkan paip jepun. Ini kerana persekitaran kawasan yang wujud di kawasan ini merupakan kawasan perumahan dan kerajaan negeri berkemungkinan perlu meluluskan proses pengambilan balik tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT1960) untuk tujuan penambahbaikan sistem saliran sedia ada.