Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

29) PARIT BESAR DI BELAKANG PANTAI HOSPITAL KLANG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah yang bertanggungjawab atas parit tersebut?

    Majlis Perbandaran Klang

  2. Tanah di belakang bangunan beralamat No. 263, Persiaran Raja Muda Musa telah dihakiskan dengan sangat serius sehingga telah hilang kebanyakan tanahnya dan membahayakan bangunan tersebut. Apakah tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut?

    Dalam cadangan membina batu gabion bagi pengukuhan tebing tanah supaya kejadian tanah runtuh/hakisan tidak berlaku lagi. Penyediaan kelulusan dan cadangan rekabentuk mengikut kesesuaian ditapak sedang dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.