Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

50) PARIT BESAR DI BELAKANG PANTAI HOSPITAL KLANG

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerja penstabilan tanah di belakang 263, Persiaran Raja Muda Musa yang hakis masih belum dimulakan sehingga kini. Bila kerja akan dimulakan?

    Majlis bersetuju untuk membina tembok penahan bagi menghalang hakisan   dan menstabilkan tebing daripada runtuh. Kerja dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mei 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.