Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
247) PARIT BENGKOK DI HADAPAN KILANG LAY YONG JALAN TERATAI
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak MPK bagi membetulkan keadaan parit bengkok di Jalan Teratai menjadi kini menjadi 'bottleneck' punca banjir kilat di Taman Meru Utama?
Parit konkrit tidak dapat dibina di hadapan tanah Tetuan Lay Yong kerana ia merupakan tanah persendirian yang belum dibangunkan dan tiada serahan rezab parit. Walaubagaimanapun, pada masa ini terdapat pembetung sediada berukuran 3 kaki diameter melintasi Jalan Teratai yang menghubungkan parit konkrit di bahagian hulu Taman Meru Utama ke parit utama di Jalan Teratai.
-
Bilakah parit bengkok ini akan dapat diluruskan untuk aliran air lancar tidak tersekat?
Pembinaan parit di hadapan tanah milik Tetuan Lay Yong akan dilaksanakan dan disyaratkan di dalam cadangan pembangunan kelak oleh pemilik tanah berkenaan. Pihak pemilik pernah memajukan pelan Kebenaran Merancang (KM) dan diluluskan pada tahun 2021. Walaubagaimanapun, ia masih tertakluk kepada pihak perancangan pemajuan pemilik tanah.