Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

299) PARIT BARU DI PANGSAPURI KOS RENDAH TAMAN CHI LIUNG PANDAMARAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah projek pembinaan baru parit di Pangsapuri Kos Rendah Taman Chi Liung Pandamaran akan dijalankan untuk menyelesaikan isu banjir kilat di Taman Chi Liung, Pandamaran?

    Projek bagi Kerja-Kerja Menaiktaraf Perparitan serta kerja-kerja berkaitan di Lorong Bahagia, Taman Chi Liung, Mukim Klang, Daerah Klang akan dimulakan pada 10 November 2023 dan mengambil tempoh masa selama 6 bulan untuk disiapkan. Projek ini akan melibatkan pembinaan parit bawah tanah (underground) bagi mengurangkan masalah banjir yang berlaku di Taman Chi Liung, Pandamaran.

  2. Nyatakan sebab-sebab kelewatan kelulusan projek tersebut.

    Kelewatan kelulusan projek tersebut disebabkan kelewatan di peringkat perolehan kerana senarai projek-projek untuk diiklankan pada tahun semasa yang banyak dan perlu mengikut turutan senarai projek.

Lampiran

Tiada Lampiran.