Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
274) PARAS GARIS KEMISKINAN SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Paras Garis Kemiskinan (PGK) semasa di Selangor dan asas pertimbangannya?
Untuk makluman YB, walaupun Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang digunapakai di peringkat nasional pada masa ini adalah sebanyak RM720.00, Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM1,500.00. PGK ini telah digunapakai oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2009 dan diluluskan di dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil.54/1/2009 bertarikh 7 Januari 2009.
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk menyemak kembali PGK sediakan ada?
Seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan Negeri amat prihatin untuk meringankan beban rakyat. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa akan menyemak semula PGK sedia ada yang digunakan bagi memastikan aspek sosial dan ekonomi rakyat bagi golongan yang memerlukan dapat dibantu. Sejajar dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin meruncing. Semakan semula ini juga adalah selari dengan perkembangan ekonomi semasa serta peningkatan taraf hidup di Malaysia. Selain itu, semakan semula PGK adalah perlu untuk mengambil kira kebolehan atau kemampuan negeri dalam menangani jumlah rakyat yang dapat dibantu mengikut kategori taraf hidup rakyat.