Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
235) PAPAN TANDA (SIGNBOARD) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah logo atau lambang yang dilarang dan dibenarkan pada papantanda dalam daerah Sabak Bernam?
Merujuk Garis Panduan Pemasangan Papan Iklan dan Billboard MDSB ialah gambar manusia dalam keadaan menjolok mata.
-
Apakah jenis tulisan atau bahasa yang dibenarkan dan dilarang samasekali pada papantanda dalam daerah Sabak Bernam?
Merujuk Garis Panduan Pemasangan Papan Iklan dan Billboard MDSB
- Bahasa Malaysia hendaklah diberi keutamaan dari lain-lain Bahasa dan perlu digunakan dengan nahu yang betul.
- Mendapat kelulusan Dewan Bahasa dan Pustaka.
-
Berapa sewaan yang dikenakan untuk meletakkan banner/bunting di kawasan MDSB?
Sepanduk (< 8 meter persegi) = RM30.00 seunit/sebulan.
(>8 meter persegi) = RM50.00 seunit/sebulan.
Poster (60 CM X 90 CM) = RM10.00 seunit/sebulan.
Tanda Langit (1 meter persegi)= RM100.00 seunit.