Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
255) PAPAN TANDA PREMIS PERNIAGAAN DAN KAIN RENTANG
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah S.O.P pemasangan papan tanda premis perniagaan dan kain rentang?
Kerajaan Negeri telah mengeluarkan Garis Panduan bagi pemasangan Papan Iklan Di Luar Fasad Bangunan Di Negeri Selangor termasuklan piawaian bagi iklan sementara bagi kain rentang. Garis Panduan tersebut dikeluarkan adalah bertujuan untuk digunakan oleh PBT secara seragam, membantu industri pengiklanan mengetahui keperluan yang perlu dipatuhi di dalam pemasangan papan iklan luar dan memastikan pemasangan papan iklan luaran mempunyai syarat dan kehendak Jabatan Teknikal. Secara asasnya syarat permohonan lesen papan iklan di luar fasad bangunan adalah seperti berikut:
- Mengemukakan salinan pendaftaran Sijil Syarikat Malaysia (borang A & D) atau ROC (borang 9 & 49);
- Salinan kad pengenalan / passport jika bukan warganegera;
- Dua (2) keping gambar pemohon;
- Salinan permit struktur papan iklan fasad bangunan;
- Lakaran visual paparan iklan dan ukuran papan iklan;
- Memaparkan penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah 30% lebih besar dari Bahasa lain;
- Pengesahan bahasa daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); dan
- Memaparkan nombor rujukan fail sebelah kanan dan nombor pendaftaran syarikat sebelah kiri papan
-
Nyatakan jumlah penguatkuasaan yang diambil ke atas premis yang gagal mematuhi S.O.P yang ditetapkan serta pemasangan kain rentang dari 2014- 2017.
Jumlah penguatkuasaan bagi pemasangan papan tanda yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan di premis perniagaan di seluruh PBT Negeri Selangor dari tahun 2014 sehingga 2017 (September) adalah masing-masing sebanyak 46,629 unit, 63,337 unit, 70,583 unit dan 50,615 unit. Manakala jumlah penguatkuasaan ke atas kain rentang, masing-masing adalah sebanyak 79,040 unit, 161,084 unit, 197,773 unit dan 129,023 unit.
PBT
JUMLAH PENGUATKUASAAN KE ATAS PAPAN TANDA DAN KAIN RENTANG YANG TIDAK MENGIKUT SOP DITETAPKAN OLEH PBT NEGERI SELANGOR 2014 2015 2016 2017 (SEHINGGA SEPTEMBER 2017)
PAPAN TANDA KAIN RENTANG PAPAN TANDA KAIN RENTANG PAPAN TANDA KAIN RENTANG PAPAN TANDA KAIN RENTANG MBSA 1,753 154 1,961 169 2,833 251 2,502 172 MBPJ 5 – – 127 – 57 77 181 MPSJ 39,453 21,443 47232 55,312 29,260 37,844 12,500 23,170 MPKj 4,192 7,213 9,895 39,507 30,925 42,425 26,856 35,916 MPS – 5026 – 6455 – 7580 – 4616 MPK 803 1319 3591 1866 4640 1984 6468 1761 MPAJ 349 425 380 476 587 582 282 435 MPSP 69 1000 128 1000 99 1000 314 1000 MDKS Tiada 31,650 142 31,925 22 68,043 Tiada 33,387 MDKL 0 8,310 0 20,547 6 31,803 11 22,852 MDSB 5 2500 8 3700 11 4000 5 3800 MDHS – – – – 2200 2204 1600 1733 JUMLAH 46,629 79,040 63,337 161,084 70,583 197,773 50,615 129,023 ***Sumber: Semua PBT Negeri Selangor