Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

149) PAPAN TANDA PERINGATAN HAD LAJU

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai
    perancangan untuk menetapkan
    semua kawasan perumahan
    dilengkapi dengan papan peringatan
    had laju selain daripada pemasangan
    bonggol?

    Secara umumnya, jalan-jalan di kawasan perumahan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan. JKR Selangor tiada perancangan untuk menetapkan semua kawasan perumahan dilengkapi dengan papan tanda peringatan had laju. Pemasangan papan tanda di sesebuah kawasan adalah tertakluk kepada Arahan Teknik Jalan (ATJ) 2A/85 (Pindaan 2019) – Manual On Traffic Control Devices : Standard Traffics Signs yang dikeluarkan oleh JKR Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.