Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
64) PAPAN-PAPAN IKLAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah angka terakhir papan-papan iklan bawah Majlis Bandar raya Petaling Jaya yang berada bawah kategori sah dan haram dan sila nasihat maklumat-maklumat berapa daripada papan-papan iklan haram telah dirobohkan dan sama ada tunggakan bayaranbayaran untuk dibayar telah pun dikumpul dan denda dikenakan?
Sebanyak 208 unit papan iklan luaran yang berada dalam kategori sah dan sebanyak 93 iklan luaran tanpa lesen telah dikenalpasti di kawasan Petaling Jaya seperti dibawah:-
- 56 iklan tanpa lesen telah dirobohkan
- 7 iklan tanpa lesen ditangguhkan tindakan perobohan – kes mahkamah
- 30 iklan tanpa lesen akan dirobohkan selepas 2hb. Nov.2010
(Notis iklan tanpa lesen telah dikeluarkan pada 26 dan 27hb. Okt. 2010)
-
Apakah definisi papan-papan iklan yang sah atau haram?
Bagi pihak MBPJ, paparan iklan yang sah adalah merupakan paparan yang sediada atau baru yang mengikut Garispanduan Paparan Iklan Luaran yang 24 Januari 2009. Walau bagaimana pun terdapat paparan iklan yang sedia ada yang tidak mematuhi garis panduan baru ini tetapi tidak membahayakan kepada orang awam, boleh dibenarkan sehingga Disember 2011. Tempoh ini adalah untuk pihak pengiklan mengenalpasti tapak baru(tapak ganti), mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang serta Permit Struktur atau membuat pembaikan ke atas iklan sedia ada bagi memenuhi keperluan dalam garispanduan baru agar ianya boleh dikekalkan. Ini adalah langkah – langkah awal yang dilaksanakan oleh MBPJ dalam memberi kerjasama dengan pihak Persatuan Iklan Luaran Malaysia (OAAM) atau syarikat pengiklan sendiri. Manakala bagi paparan yang tidak sah (haram) pula ada paparan iklan yang telah dikenalpasti oleh Jawatankuasa Kecil Lawatan Tapak Iklan MBPJ yang perlu diturunkan atau dibina baru tanpa mendapat kelulusan Majlis.
-
Berapakah pengendali-pengendali papan-papan iklan yang telah menandatangani perjanjian dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan sila beri maklumat-maklumat secara terperinci : i. maklumat-maklumat pengendali-pengendali; ii. nombor papan-papan iklan; iii. nombor papan-papan iklan yang baru yang telah diluluskan dan kepada siapa (syarikat-syarikat yang mana); iv. tapak-tapak mereka dan saiz; dan v. jumlah bayaran-bayaran yang dibayar.
Terdapat 23 Syarikat Pengiklan yang telah menandatangani perjanjian sehingga 30 September 2010.
23 syarikat berkenaan adalah:-
- Media Mesra Sdn. Bhd.
- Out of Home Sdn. Bhd.
- Ciri Mesra Sdn. Bhd.
- Bluedale Media Sdn. Bhd.
- LNT Advertising Enterprise
- Spectrum marketing Outdoor Sdn. Bhd.
- Seri Media Sdn. Bhd.
- Supreme Outdoor Sdn. Bhd.
- CSSB Outdoor Sdn. Bhd.
- UPD Sdn. Bhd.
- Unilink Trading Sdn. Bhd.
- EDSB Outdoor Sdn. Bhd.
- Prowangsa Sdn. Bhd.
- Gelumbang Jaya Sdn. Bhd.
- ZKYMedia Sdn. Bhd.
- Gotcha Sdn. Bhd.
- Acromedia Sdn. Bhd.
- Big Tree Outdoor Sdn. Bhd.
- Maxim Outdoor Sdn. Bhd.
- Kurnia Outdoor Sdn. Bhd.
- Media House Sdn. Bhd. Matrix Global Sdn. Bhd.
- 113 tapak (baki 95 tapak iklan – dalam proses menandatangani perjanjian)
- Tiada kelulusan tapak iklan yang baru
- Tiada kelulusan tapak iklan yang baru
- Tiada kelulusan tapak iklan yang baru