Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

95) PAPAN-PAPAN IKLAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah garis panduan baru akan diimplementasikan dan dikuatkuasakan dengan kesan penuh?

    Kerajaan Negeri telah pun menguatkuasakan Garis Panduan Papan Iklan Luaran di
    semua PBT Selangor pada 31 Mac 2009 dan proses pelaksanaannya sedang
    dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ia akan mengambil sedikit masa kerana urusan
    pengeluaran Kebenaran Menduduki Sementara (TOL) oleh Pejabat Tanah & Daerah
    dan proses-proses dokumentasi yang terlibat memandang ia merupakan dasar yang
    baru mula dilaksanakan pada tahun lepas.

  2. Apakah kerajaan negeri akan lakukan dengan tuduhan-tuduhan berbangkit mengenai amalan rasuah, disebabkan oleh peraturan-peraturan lemah antara kakitangan awam (PBT) dan ahli majlis?

    Berikutan tuduhan-tuduhan berbangkit mengenai amalan rasuah, disebabkan oleh
    peraturan-peraturan lemah antara kakitangan awam (PBT) dan Ahli Majlis, Kerajaan
    Negeri telah pun menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat di
    peringkat PBT bagi meneliti perkara ini dan memastikan amalan rasuah dapat
    dibanteras sebaik mungkin.

  3. Adakah masih berlakunya pembangunan tanpa kebenaran papan-papan iklan haram di Petaling Jaya?

    Program pemutihan pembangunan tanpa kebenaran papan-papan iklan haram di
    Petaling Jaya sedang dalam proses pelaksanaan oleh MBPJ. Oleh yang demikian,
    semua papan-papan iklan haram yang tidak boleh diputihkan diarah untuk diturunkan
    dengan segera. Sekiranya pengusaha ingkar, maka pihak MBPJ akan mengambil
    tindakan untuk menurunkannya. Semua pengusaha terlibat telah dimaklumkan
    mengenai dasar baru Kerajaan Negeri dan buat masa ini didapati tiada lagi
    pembangunan tanpa kebenaran papan-papan iklan haram di Petaling Jaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.