Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

83) PAPAN IKLAN (BILLBOARD)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa bilangan papan iklan berpermit dan tidak berpermit di setiap PBT untuk tahun 2015 dan 2016?

    Bilangan papan iklan berpermit yang telah dikeluarkan pada tahun 2015 adalah sebanyak 3,950 unit dan bagi tahun 2016 pula adalah sebanyak 3,272 unit. Manakala jumlah bilangan papan iklan yang tidak berpermit bagi tahun 2015 adalah sebanyak 1,816 unit dan bagi tahun 2016 pula adalah sebanyak 1,684 unit. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT BILANGAN PAPAN IKLAN
    BERPERMIT TIDAK BERPERMIT
    2015 2016 2015 2016
    MBSA 337 333 18 12
    MBPJ 260 267 17 174
    MPK 92 64 22 43
    MPAJ 124 125 0 0
    MPSJ 2305 1709 1247 861
    MPS 230 283 170 117
    PBT BILANGAN PAPAN IKLAN
    BERPERMIT TIDAK BERPERMIT
    2015 2016 2015 2016
    MPKj 191 218 0 0
    MPSp 158 167 174 156
    MDKL 90 91 90 91
    MDHS 153 2 72 225
    MDKS 0 4 6 5
    MDSB 10 9 0 0
    JUMLAH 3,950 3,272 1,816 1,684

    Nota : Sumber maklumat daripada setiap PBT.

  2. Apakah hasil papan iklan bagi setiap PBT untuk 2015 dan 2016?

    Hasil papan iklan bagi setiap PBT untuk 2015 adalah sebanyak RM23,335,927.98, manakala bagi tahun 2016 pula sebanyak RM25,791,071.39. Perincian hasil papan iklan mengikut PBT adalah seperti berikut :

    PBT HASIL PAPAN IKLAN 2015

    (RM)

    HASIL PAPAN IKLAN 2016

    (RM)

    MBSA 2,934,356.00 2,855,399.00
    MBPJ 8,573,130.00 10,827,231.05
    MPK 208,000.00 136,000.00
    MPAJ 843,201.00 907,860.00
    MPSJ 3,357,505.78 4,204,296.34
    MPS 2,280,000.00 2,310,000.00
    MPKj 2,157,302.00 1,655,205.00
    MPSp 191,480.00 204,250.00
    MDKL 1,997,189.00 2,637,830.00
    MDHS 765,000.00 10,000.00
    MDKS 20,000.00 35,000.00
    MDSB 8,764.00 8,000.00
    JUMLAH 23,335,927.98 25,791,071.39

    Nota : Sumber maklumat daripada setiap PBT.

  3. Berapa bilangan papan iklan yang dirobohkah oleh setiap PBT bagi tempoh sama?

    Bilangan papan iklan yang dirobohkah oleh setiap PBT bagi tahun 2015 adalah sebanyak 212 unit, manakala bagi 2016 pula adalah sebanyak 412 unit. Perincian mengikut PBT adalah seperti jadual di bawah :

    PBT BILANGAN PAPAN IKLAN YANG DIROBOHKAN 2015  BILANGAN PAPAN IKLAN YANG DIROBOHKAN 2016 
    MBSA 18 12
    MBPJ 17 174
    MPK 2 16
    MPAJ 0 0
    MPSJ 73 82
    MPS 80 52
    MPKj 0 0
    MPSp 9 37
    MDKL 0 4
    MDHS 10 19
    MDKS 3 16
    MDSB 0 0
    JUMLAH 212 412

     

Lampiran

Tiada Lampiran.