Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

28) PAPAN IKLAN (BILLBOARD)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah papan iklan dan pendapatan papan iklan mengikuti PBT.

    Berikut adalah jumlah papan iklan dan pendapatan papan iklan berdasarkan PBT masing-masing:

     

    PBT Jumlah

    (unit)

    Jumlah

    (RM)

    MBSA 322 1,123,620.00
    MBPJ 967 14,765,362.00
    MPK 59 118,000.00
    MPAJ 116 921,610.20
    MPSJ 336 3,600,842.89
    MPS 453 2,800,000.00
    MPKj 216 136,605.56
    MPSp 375 77,157.30
    MDKL 39 832,998.00
    MDHS 49 22,899.02
    MDKS 6 35,000.00
    MDSB 2 1,800.00
    JUMLAH 2940 24,435,894.97

    Nota: Sumber dari PBT

  2. Apakah tindakan Kerajaan untuk mengawal jumlah pembinaan papan iklan?

    PBT melaksanakan pengawalan jumlah pembinaan papan iklan berdasarkan permohonan tertakluk kepada undang-undang sedia ada seperti Akta, Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) Pindaan 2007 dan Garis Panduan Perancang Papan Iklan Luar (2009) dan UUK Iklan (PBT) 2007 serta pekeliling lain berkaitan yang ditetapkan oleh Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.