Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
130) PAPAN IKLAN (BILLBOARD)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah sebenarnya polisi PBT seluruh Selangor apabila berkaitan pemasangan iklan oleh ADUN kawasan berupa mesej bukan politik?
Tiada polisi khas buat ADUN dalam kawasan pentadbiran PBT Selangor untuk pemasangan iklan berupa mesej bukan politik pada papan iklan luaran milik PBT selagi tiada isu-isu sentitif dipaparkan. Kesemua papan iklan luaran PBT memberi keutamaan untuk kegunaan promosi Kerajaan Negeri Selangor.
-
Adakah terdapat kuota khusus untuk ADUN bagi memasang mesej mereka di papan iklan gergasi milik PBT?
Setakat ini tiada kuota khusus diperuntukan untuk ADUN. Walau bagaimanapun PBT sedia berbincang berhubung perkara ini.