Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
294) PANTAI REMIS, SUNGAI SEMBILANG, JERAM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pantai Remis di Kampung Sungai Sembilang Jeram telah mengalami hakisan pantai yang teruk. Apakah langkah-langkah yang sudah diambil bagi menangani masalah hakisan ini bagi memastikan Pantai Remis kekal sebagai pusat riadah dan produk pelancong?
LUAS telah menghasilkan satu Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (Integrated Coastal Management – ICM) bagi Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang telah diwartakan pada 11 April 2013. Melalui Pelan ICM tersebut, terdapat beberapa sub-komponen seperti Pelan Strategi Pantai, Pelan Pengezonan Guna Pantai Bersepadu (Integrated Coastal Use Zoning Plan – ICUZP) dan Kajian Awalan Risiko yang akan menjadi rujukan sepanjang pelaksanaan Pelan ICM tersebut.
Di dalam Pelan Strategi Pantai bagi kedua-dua daerah, terdapat 6 isu utama yang akan diberi perhatian oleh semua pihak berkepentingan seperti berikut:
- Pencemaran Air;
- Sisa Pepejal;
- Kemusnahan Habitat;
- Kesihatan;
- Eksploitasi Berlebihan Sumber Semulajadi Marin; dan
- Hakisan dan Sedimentasi
Pelan tindakan dan strategi-strategi telah dihasilkan berdasarkan isu-isu di atas melalui sesi perbincangan konsensus bersama pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan penduduk setempat. Masalah hakisan yang berlaku di kawasan tersebut juga telah dibincangkan di dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Pengarah LUAS pada 15 Januari 2014 dan turut dihadiri oleh wakil JPS Ibu Pejabat, Pejabat Daerah dan Tanah (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang), wakil MDSB, MDKS, MPK dan MDKL serta JPBD Negeri Selangor. Tindakan susulan akan diambil oleh agensi berkaitan selaras dengan Pelan Strategi Pantai yang telah dihasilkan melalui Pelan ICM Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Pihak JPS Malaysia juga akan menjalankan kajian semula hakisan pantai pada tahun 2014.
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi memastikan pusat riadah sedia ada menjadi tumpuan penduduk setempat?
- Penempatan semula penjaja bagi memastikan peniaga dan pengunjung dapat menjalankan aktiviti riadah dan jual beli dengan selesa dan lancar.
- Menyediakan kemudahan alatan permainan kanak-kanak danmemastikankomponenperalatanpermainantersebutdalamkeadaansela matdigunakan.
-
Senaraikan kerja-kerja naik taraf yang telah dilaksanakan dan kosnya dari 2008- 2013?
Kerja-kerja yang tersenarai adalah kerja-kerja yang melibatkan kemudahan awam dan infrastruktur iaitu tempat letak kereta, medan selera, jalan, longkang dan taman permainan kanak-kanak.
Bil Tahun Tajuk Kos (RM) 1 2008 Cadangan pembangunan kemudahan pelancongan di Pantai Remis 1,225,977.00 2 2009 – 3 2010 i. Kerja-kerja pengukuhan benteng pantai serta kerja-kerja berkaitan di kawasan pelancongan Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor. ii. Kerja-kerja membina dan membaik pulih bumbung dan membina wakaf serta kerja-kerja berkaitan di Medan Selera, Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor.
19,600.00 85,100.00
4 2011 Kerja-kerja membaiki tembok meletak kenderaan dan kerja-kerja berkaitan di Pantai Remis 19,760.00 5 2012 Kerja-kerja menurap semula jalan dan menambak ‘crusher run’ serta kerja-kerja berkaitan di tapak penjaja
Pantai Remis, Jeram, Daerah Kuala Selangor
333,260.00 6 2013 Kerja-kerja menurap semula jalan alternatif serta kerjakerja berkaitan di Pantai Remis, Daerah Kuala Selangor 19,800.00 JUMLAH 1,703,497.00