Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
66) PANGSAPURI TANPA HAK MILIK STRATA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senarai pangsapuri tanpa strata di bawah rekod Kerajaan Negeri
Senarai pangsapuri tanpa strata di bawah rekod Kerajaan Negeri adalah seperti di Lampiran 1.
-
Senaraikan sebab-sebab utama permohonan hak milik strata tidak diluluskan
Di bawah Seksyen 10 Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) menyatakan Pengarah Tanah dan Galian Selangor tidak akan meluluskan permohonan hak milik strata dengan sebab–sebab berikut:
- Pemohon tidak mengemukakan sijil cadangan pelan strata;
- Pembangunan yang dibuat hendaklah tidak melanggar syarat tanah dan sekatan kepentingan;
- Pembangunan yang dibuat tidak bertentangan dengan undang–undang lain yang berkaitan;
- Tidak menjelaskan cukai tanah semasa;
- Tidak mendapatkan persetujuan daripada semua pihak berkepentingan;
- Baki tempoh pajakan hakmilik tersebut kurang daripada 21 tahun;
- Hakmilik masih mempunyai gadaian atau lien;
- Unit syer yang dicadangkan adalah tidak saksama; dan
- Hakmilik masih hakmilik sementara.
-
Apakah tindakan perundangan yang boleh dilaksanakan pada pihak pemaju sekiranya hak milik strata tidak diluluskan kerana pihak pemaju belum menjelaskan premium tanah ?
Jika premium tanah tidak dijelaskan oleh pihak pemaju, dokumen hakmilik tanah dan strata tidak akan dikeluarkan bagi pembangunan tersebut. Jika tiada hakmilik dikeluarkan, pihak pemaju telah melanggar perjanjian jual beli di antara pemaju dengan pembeli. Tindakan undang–undang boleh diambil di bawah Akta Kontrak dan Akta Pemajuan Perumahan Kawalan dan Perlesenan 1966 (Akta 118).