Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

139) PANGSAPURI SERI BEREMBANG, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah KPKT telah berbincang dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan masalah keretakan struktur Flat Seri Berembang?

    Ya, satu perbincangan antara Jabatan Perumahan Negara, KPKT telah diadakan pada 17 Jun 2021 yang dipengerusikan oleh YB Puan Rodziah Binti Ismail, Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor. Didalam perbincangan tersebut pihak Jabatan Perumahan Negara, KPKT memaklumkan bahawa sebarang cadangan pembaikan atau pembangunan semula perlu disediakan dahulu oleh Kerajaan Negeri sebelum dikemukakan kepada KPKT untuk pertimbangan selanjutnya yang bersesuaian untuk pembangunan Pangsapuri Seri Berembang.

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh pihak KPKT?

    Setakat ini, pihak Majlis tidak menerima sebarang peruntukan dari KPKT berhubung perkara ini.

  3. Adakah pihak KPKT ada berkongsi mengenai perancangan mereka bagi menyelesaikan isu tersebut?

    Berdasarkan kepada mesyuarat pada 17 Jun 2021 diatas, Jabatan Perumahan Negara, KPKT memaklumkan bahawa sebarang cadangan pembaikan atau pembangunan semula perlu disediakan dahulu oleh Kerajaan Negeri sebelum dikemukakan kepada KPKT untuk pertimbangan selanjutnya yang bersesuaian untuk pembangunan khususnya yang melibatkan Pangsapuri Seri Berembang

Lampiran

Tiada Lampiran.