Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

214) PANGSAPURI PENDAMAR A

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kerosakan bumbung yang semakin serius di Pangsapuri Pendamar A?

    Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menguruskan bantuan-bantuan bagi kos baikpulih bangunan di Pangsapuri Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah. Selaras dengan Keputusan MMKN Bil.23/2011 dan MMKN Bil.29/2011 yang telah meluluskan pelaksanaan Skim Bantuan Baik Pulih Pangsapuri Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah Negeri Selangor yang dikenali sebagai Skim CERIA (Caring Government for Resident’s Improvement Aid). Skim ini telah menetapkan kriteria permohonan bagi pangsapuri yang layak seperti kerosakan harta bersama yang kritikal, permohonan mestilah dari Badan Pengurusan yang berdaftar serta kedudukan kewangan yang memuaskan. Oleh yang demikian, sekiranya Pangsapuri Pendamar A menepati kriteria permohonan Skim CERIA, pihak Badan Pengurusan Pangsapuri Pendamar A boleh membuat permohonan bantuan baikpulih Skim CERIA melalui atas talian.

  2. Adakah Kerajaan Negeri boleh menampung kos pembaikan tersebut disebabkan pihak KPKT tidak meluluskan permohonan pembaikan pada tahun 2022?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pihak pengurusan Pangsapuri Pendamar A telahpun membuat permohonan semula melalui Pesuruhjaya Bangunan (COB MPK) berkenaan pembaikan bumbung di bawah Tabung Penyelenggaran Perumahan Malaysia (TPPM) Tahun 2023 pada september 2022. Walau bagaimanapun, status permohonan masih belum diperolehi dari pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Sehubungan itu, sekiraya pihak KPKT tidak mempertimbangkan permohonan itu, pihak pengurusan Pangsapuri Pendamar A boleh memohon bantuan Skim CERIA memandangkan Pangsapuri Pendamar A adalah di bawah skim Pangsapuri Kos Rendah serta mempuyai Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang aktif.

Lampiran

Tiada Lampiran.