Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
45) PANGSAPURI KOS RENDAH DAN SEDERHANA DI DUN KOTA DAMANSARA
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kawasan MBSA - U3,U4,U5,U6 (senarai terperinci termasuk jumlah unit dan pengurusan).
Butiran kawasan MBSA – U3,U4,U5,U6 (senarai terperinci termasuk jumlah unit dan pengurusan) adalah seperti di Lampiran A.
-
Kawasan MBPJ - Zon 3, Zon 4 (senarai terperinci termasuk jumlah unit dan pengurusan).
Butiran kawasan MBPJ – Zon 3, Zon 4 (senarai terperinci termasuk jumlah unit dan pengurusan) adalah seperti di Lampiran B.
-
Adakah bantuan seperti CERIA, baikpulih jalan, SAFWA, SEROJA masih boleh dimohon oleh pangsapuri tersebut?
Untuk makluman Yang Berhormat, Skim CERIA (Bantuan baikpulih pangsapuri), Skim SAFWA (rebat air 20m3) dan Skim SEROJA (Skim Keselamatan dan Kejiranan) masih boleh dimohon dan tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan.