Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
198) PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Ramai penduduk Taman Medan yang terlibat dalam program pemindahan penduduk setinggan ke pangsapuri-pangsapuri. Setelah dipindahkan ke pangsapuri kos rendah permasalahan yang dihadapi oleh penduduk bekas setinggan jauh dari selesai. Ada pangsapuri kos rendah yang ditawarkan tidak mengikut piawaian tetapi sudah mendapat sijil kelayakan menduduki. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor memastikan pihak pemaju mematuhi segala syarat pembinaan pangsapuri kos rendah
-
Apakah tindakan ke atas pemaju yang melanggar syarat pembinaan dan pihak berkuasa tempatan yang memberi sijil kelayakan menduduki kepada binaan yang tidak memenuhi syarat?
-
Penghuni pangsapuri dikenakan bayaran penyelenggaraan oleh pemaju serta cukai pintu oleh MBPJ di samping bayaran rumah setiap bulan. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor boleh membantu mengurangkan kos bayaran bulanan yang terbeban atas penghuni bekas setinggan ini?