Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

122) PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak projek perumahan kos rendah yang akan dibangunkan di sekitar Bandaraya Petaling Jaya untuk lima tahun yang akan datang?

    Di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, bagi lima tahun akan datang, sebanyak 390 unit perumahan kos rendah (projek oleh Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd) yang masih belum dibina daripada jumlah keseluruhan 36, 354 unit RKR yang diluluskan.

  2. Apakah peranan yang akan dimainkan oleh PKNS dalam pembangunan perumahan kos rendah di Petaling Jaya?

    Sejak ditubuhkan tahun 1964 PKNS telah membangunkan sebanyak 28,141 unit rumah kos rendah di daerah Petaling.

    Buat masa ini PKNS tidak ada lagi mempunyai perancangan rumah-rumah kos rendah di daerah Petaling kerana semua projek kos rendah di kawasan pembangunan PKNS telah dibangunkan sepenuhnya.

    Walau bagaimanapun PKNS tidak akan membina rumah kos rendah lagi dan akan digantikan dengan ’affordable homes’.

Lampiran

Tiada Lampiran.