Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
148) PANGKASAN POKOK DAN PENYELENGGARAAN TAMAN PERMAINAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa kerap jadual pangkasan pokok oleh MBDK di kawasan pentadbiran MBDK?
Jadual pangkasan pokok yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang adalah berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu :
- Tindakan segera bagi pokok yang tumbang dan serkah akibat bencana;
- Dalam tempoh dua (2) minggu bagi pokok-pokok yang diadukan melalui saluran aduan Majlis;
- Tindakan berkala bagi pokok-pokok selain dengan i dan ii.
-
Berapa kerap jadual pembersihan taman-taman permainan di Kawasan MBDK?
Pembersihan taman permainan di kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) adalah secara tetap seperti pemotongan rumput sebanyak 2kali sebulan, pembersihan sampah setiap hari dan ciri-ciri spesifikasi seperti termaktub di dalam kontrak kerja penyelenggaraan Landskap dan padang permainan MBDK.
-
Adakah terdapat rancangan membina taman permainan awam yang baru di Meru?
Bagi perancangan tahun 2025, MBDK memfokuskan untuk membaikpulih dan menaiktaraf taman permainan sedia ada di Klang Utara dan Klang Selatan. Untuk makluman, jumlah taman permainan awam DUN Meru adalah sebanyak 256 taman permainan dengan jumlah keluasan 686,931 m2. Skop kerja adalah seperti berikut :
- Kerja-Kerja Pelupusan Komponen Yang Usang, Berbahaya Dan Tidak Boleh Dibaiki Dalam Pentadbiran Klang;
- Projek Menaiktaraf Gelanggang – Taman Meru Indah (Gelanggang Futsal);
- Kerja-Kerja Pembekalan Tong Sampah, Bangku Dan Buaian Dalam Pentadbiran MBDK;
- Projek Naiktaraf Padang Cergas :
- ZON N42A
- Jalan Restu 5, Taman Seri Puteri)
- ZON N42B
- Jalan Imam Abdul Aziz Satu (Jalan Bukit Kapar 2)
- ZON N42A
- Projek One-off Naiktaraf Taman Awam
- Membina Gelanggang Skateboard, Jalan Sungai Kapar Indah 1,
- Kerja-Kerja Meratakan Padang Dalam Pentadbiran Klang.