Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
15) PANEL DIALISIS SIHAT SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah Panel Dialisis Sihat Selangor yang dilantik mengikut daerah.
Panel Dialisis Sihat Selangor telah dilancarkan pada 2015 dan jumlah panel yang telah di lantik pada tahun pertama penubuhannya adalah sebanyak 20 buah dimana jumlah pesakit dialisis di bawah Panel Dialisis Sihat Selangor adalah sebanyak 195 pesakit. Perincian mengikut daerah adalah seperti Jadual berikut :
DAERAH BILANGAN PANEL JUMLAH PESAKIT Petaling 12 139 Hulu Langat 3 11 Klang 3 19 Kuala Selangor 2 26 JUMLAH 20 195 Jadual : Bilangan Panel Dialisis mengikut daerah
Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri akan menambah sekurang-kurangnya 50 Panel Dialisis yang akan bekerjasama dalam melaksanakan Program Bantuan Kesihatan Selangor.
-
Nyatakan jumlah pesakit dialisis di bawah Panel Dialisis Sihat Selangor mengikut daerah.
Sama seperti di SUB(a)
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengekalkan Bantuan Kesihatan Sihat Selangor RM2000 untuk pesakit dialisis pada tahun depan?
Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap rakyat terutama bagi golongan yang kurang kemampuan dan mempunyai masalah kesihatan. Kerajaan Negeri akan meneruskan dan menambahbaik Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor dari masa ke semasa terutama kepada pesakit dialisis. Sebanyak RM1,000 hingga RM5,000 akan disalurkan kepada pemohon mengikut kelayakkan yang telah
ditetapkan. Selain menambah bilangan penerima dan jumlah bantuan pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu sistem Permohonan secara atas talian bagi memudahkan permohonan dan semakan status kelulusan.