Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
175) PANEL DIALISIS SIHAT SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan secara terperinci pusat dialisis swasta yang menyertai panel dialisis sihat Selangor.
Pada tahun 2015, sebanyak 20 pusat dialisis swasta telah menyertai panel dialisis sihat Selangor. Berikut adalah senarai pusat dialisis tersebut :
BIL NAMA PUSAT DIALISIS 1. Renal Care Dialysis Services Sdn. Bhd., Petaling Jaya 2. Pusat Hemodialisis Mawar, Seri Kembangan 3. Pusat Dialysis Mesra S/B, Klang 4. Persatuan Dialisis Touch Petaling Jaya 5. Syukur Dialisis Sdn Bhd, Shah Alam 6. Pusat Dialisis An-Nur Seksyen 13, Shah Alam 7. Pusat Hemodialysis Harmoni (Kota Damansara), Petaling Jaya 8. Renal Team Dialysis Centre, Petaling Jaya 9. Pusat Dialisis Pakar Medi-Nefron Sdn. Bhd. Pusat Putra Permai, Seri Kembangan
10. Pusat Dialisis Pakar Medi-Nefron Sdn. Bhd., Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan
11. Subang Dialysis Centre ( Asia Renal Network Sdn. Bhd.) Subang Jaya 12. Persatuan Dialisis Kurnia Petaling Jaya 13. Islah Dialisis Sdn. Bhd., Ampang Jaya 14. Pusat Hemodialysis Harmoni (Sg. Long), Kajang 15. Pusat Perubatan Dialisis (Cerqofy Sdn. Bhd.), Kajang 16. Pusat Dialisis Nephrocare, Klang 17. Pusat Dialysis Mesra S/B, Sungai Buloh 18. Jerteh Dialysis Centre Sdn. Bhd., Klang 19. Pusat Dialysis Mesra S/B, Kuala Selangor 20. Yayasan Islam Darul Ehsan (Mais), Kuala Selangor -
Berapakah jumlah pesakit yang telah mendapatkan perkhidmatan ini mengikut pecahan kaum?
Pada tahun 2015, sebanyak 250 orang pesakit telah mendapat bantuan Dialisis di bawah Program Bantuan Sihat Selangor. Berikut adalah pecahan bantuan mengikut kaum pada tahun
BANTUAN DIALISIS MENGIKUT PECAHAN KAUM TAHUN 2015 PERMOHONAN LULUS Melayu 81 Cina 96 India 73 JUMLAH 250 -
Nyatakan kekerapan rawatan dan kadar bayaran per-sesi bagi setiap pesakit yang menerima bantuan ini
Kekerapan rawatan adalah berdasarkan tahap keseriusan penyakit yang dialami oleh pesakit. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya pesakit akan mendapatkan rawatan sebanyak 3-4 kali di dalam seminggu dan setiap sesi rawatan menelan kos sebanyak RM 00-RM300.00.