Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
237) Pandemik COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan negeri Selangor untuk mengatasi penularan wabak covid-19 yang telah meningkat secara mendadak di Selangor ketika ini?
Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif menjalankan saringan secara percuma oleh Selcare untuk pengembara yang pulang dari negeri berisiko dari 20-26 September 2020 bagi mengesan kes-kes yang positif untuk dimasukkan ke hospital bagi mencegah penularan covid-19 di Selangor. Penggunaan aplikasi SELangkah bersama MySejahtera (aplikasi KKM) bagi setiap pengunjung di premis-premis perniagaan untuk membantu mengenalpasti kontak-kontak kepada kepada kes-kes positif yang mengunjungi premis berkenaan.
-
Sejauh manakah keberkesanan kempen cegah covid-19 yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Selangor?