Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

13) PAMPASAN PENYAKIT POKOK PISANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri ada berjanji untuk memberikan pampasan kepada petani yang terjejas akibat serangan virus penyakit ÒmokoÓ yang menyebabkan kematian besar- besaran pokok tanaman pisang khasnya di kawasan DUN Sungai Air Tawar. Apakah status pemberian pampasan tersebut?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.16 juta bagi membantu penanam-penanam pisang di Negeri Selangor yang mengalami kerugian akibat serangan Penyakit Bantuan bukan dalam bentuk pampasan, tetapi kawasan-kawasan yang terjejas dibekalkan dengan racun untuk tujuan kawalan dan pemusnahan pokok-pokok pisang yang telah diserang. Kini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dalam usaha mengagihkan input-input tersebut kepada petani-petani yang terlibat.

  2. Berapakah pampasan untuk setiap petani dan jumlah keseluruhannya?

    Bantuan pembekalan input bagi kawalan dan pembendungan penyakit melibatkan peruntukkan sebanyak RM360,000 merangkumi bilangan peserta dan keluasan tanaman pisang di Negeri Selangor yang telah diserang Penyakit Moko dianggarkan mengikut daerah adalah seperti berikut :-

     

     

    Daerah

     

    Luas

    Peserta
    Individu Swasta
    Sabak Bernam 3,616.16 ha 1973
    Kuala Selangor 77.00 ha 51
    Klang 32.60 ha 13 1
    Kuala Langat 86.72 ha 35 1
    Sepang 17.53 ha 11
    Hulu Langat 10.5 ha 6
    Gombak/Petaling 2.9 ha 4

     

     

     

    Hulu Selangor 5.2 ha 4
    Jumlah 3,3848.6 ha 2,097 2

     

  3. Apakah inisiatif lain kerajaan negeri untuk membantu mereka yang terjejas?

    Kerajaan negeri menawarkan bantuan peruntukkan kepada penanam-penanam pisang yang terjejas untuk memulakan projek tanaman yang baru, selain dari tanaman Ini berikutan kawasan-kawasan yang telah diserang, perlu direhatkan dari menanam tanaman pisang sekurang-kurangnya dua tahun, bagi mengelakkan serangan merebak semula. Sebanyak RM800,000 diperuntukkan untuk penanaman pisang memulakan semula projek pertanian supaya petani tidak kehilangan punca pendapatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.