Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

215) PAMPASAN ORANG ASLI BUKIT KOMANDOL

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah membina rumah-rumah dan sekolah di tempat yang baru sebagai pampasan kepada Orang Asli di Bukit Komandol, Kuala Langat. Kerajaan Negeri terdahulu juga telah berjanji untuk memberi tanah seluas 3 ekar dan sejumlah wang kepada setiap keluarga. Bilakah mereka boleh berpindah ke tempat yang baru ini?

    Penduduk Orang Asli akan berpindah setelah mendapat tanah ganti dari pemaju.

  2. Berapakah jumlah wang yang telah dijanjikan dan berapakah jumlah wang yang telah dibayar kepada mereka?

    Jumlah wang yang dijanjikan = RM120,349,955.00
    Jumlah wang yang telah dibayar = RM – (BELUM TERIMA PAMPASAN

  3. Di manakah lokasi tanah yang dijanjikan itu?

    Belum mendapat jawapan dan persetujuan oleh pihak penduduk kampung dan pihak
    pemaju.

Lampiran

Tiada Lampiran.