Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

110) PAM AIR BERTEKNOLOGI TINGGI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah meluluskan RM 10 juta bagi infrastruktur pam air ke Sungai Selangor. Nyatakan lokasi infrastruktur pam air dibina dan pihak yang mengendalikannya?

    Lokasi infrastruktur pam air adalah seperti di Jadual 1. LUAS sebagai penyelaras dan operasi pam adalah dikendalikan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) Selangor serta Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB).

  2. Adakah pembinaan pam air ini berguna untuk jangka masa yang panjang?

    Untuk jangka masa panjang, pam air ini boleh digunakan untuk mengepam aliran tinggi (high flow) sungai semasa musim banjir. Ianya juga boleh digunakan untuk mengepam air bagi tujuan memadamkan kebakaran hutan paya gambut. Selain itu, pam ini akan digunakan untuk mengepam air daripada kolam sumber air ke dalam sungai untuk meningkatkan aliran sungai ketika musim kemarau.

  3. Adakah pembinaan pam air dan teknologi yang digunakan bertepatan dengan konsep value of money?

    LUAS adalah tertakluk kepada prosedur kewangan yang telah ditetapkan dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. Perolehan pam ini adalah dengan mengikut prosedur kewangan dan peraturan-peraturan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.