Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

133) PALONG AIR KG SELAYANG BARU

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek penanaman palong air di Kampung Selayang Baru dan bilakah proses turapan jalan akan dilakukan?

    Untuk makluman Yang Berhormat Taman Templer, projek kerja-kerja penggantian paip air bagi menaiktaraf sistem bekalan air serta pengorekan di atas rezab jalan Majlis Perbandaran Selayang di Selayang Baru (Pakage10) sepanjang 9485 meter dilaksanakan oleh Pengurusan Air Selangor.

    Status terkini bagi projek tersebut berdasarkan semakan di tapak serta laporan oleh Syarikat Air Selangor adalah dengan kemajuan 80% di mana baki kerja melibatkan kerja-kerja “inter conection” dan pemasangan meter. Kemudian ianya akan disusuli dengan kerja “Mill & Pave” oleh kontraktor yang akan dilantik dari Syarikat Air Selangor pada keseluruhan lebar jalan tersebut setelah kerja penggantian paip tersebut selesai dilaksanakan oleh Syarikat Air Selangor.

     

    Maklumat Tambahan

    1. Kerja-kerja korekan dan pemasangan paip baru telah siap 100%.
    2. Kerja-kerja yang sedang dijalankan dan masih belum siap ialah kerja-kerja penyambungan paip baru ke paip lama yang dijangka akan siap pada akhir bulan Disember 2021.
    3. Kerja-kerja ‘mill & pave’ ‘premix’ akan dibuat selepas siap semua kerja penyambungan paip baru ke paip lama dan dijangka kerja ‘mill & pave’ ‘premix’ juga pada penghujung bulan Disember 2021.
    4. Untuk makluman, jalan-jalan yang telah siap dilakukan premix ‘mill & pave’ ialah di Jalan 30, Jalan 35 dan Jalan 49.

Lampiran

Tiada Lampiran.