Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

1) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setakat ini, apakah perkembangan terkini Perancangan Projek Pembersihan Sungai Klang?

    Sehingga kini, perkembangan yang semasa adalah seperti berikut: –

     

    • JPBD telah memulakan proses pemetaan (mapping) di kawasan sekeliling Sungai Klang, menggunakan GIS (Geographical Information System). Bajet sebanyak RM200,000 telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kepada JPBD dalam kerja pemetaan dan kaji selidik (survey) ini yang bertujuan untuk mengenal pasti rumah-rumah persendirian, kilang-kilang dan bangunan lain yang sedia ada di kawasan itu.

     

    • Kerajaan juga telah mewartakan 500m tanah di sebelah kiri dan kanan Sungai Klang sepertimana yang telah diluluskan MMKN dan langkah ini akan memastikan tiada lagi pembangunan development yang akan dilakukan di kawasan tebing sungai (riverbanks).

     

    • Pejabat Menteri Besar sedang dalam proses mengumpul cadangan-cadangan pembersihan sungai oleh syarikat-syarikat yang berpengalaman dalam projek sebegini. Satu tarikh yang sesuai akan ditetapkan untuk syarikat-syarikat ini membuat pembentangan kepada Jawatankuasa Tetap Projek Pembersihan Sungai Klang.

     

    • MMKN telah juga meluluskan bajet sebanyak RM153,540 yang diperuntukkan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk tujuan membuat kaji selidik tanah untuk mengenal pasti semua pemilik-pemilik tanah yang terlibat dalam projek ini.

     

    • Peruntukan juga akan diberi kepada JPS supaya dapat membuat pemetaan (mapping) Sungai Klang untuk mendapat maklumat terperinci mengenai Sungai Klang.

     

    • Kempen Pembersihan Sungai Klang akan dicadangkan mula selewat-lewatnya bulan Oktober 2009. Sebelum itu Kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan atau NGO seperti GEC (Global Environment Centre) yang mempunyai pengalaman dalam projek pembersihan sungai dengan komunitikomuniti di sekitar Lembah Klang.

     

    • Jawatankuasa ini juga telah mengadakan satu siri perbincangan bersama beberapa perancang-perancang bandar profesional yang akan dilantik untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk melakarkan dan mencartakan visi pembangunan Sungai Klang sebelum kerja-kerja pemuliharaan dibuat pada fasa awal yang akan melibatkan 21 kilometer pertama Sungai Klang di daerah Kelang. (re-worded)

     

  2. Sila nyatakan berapakah syarikat swasta yang berminat dan telah membentangkan kertas cadangan kepada pihak Kerajaan Negeri

    Lebih daripada 10 syarikat swasta telah menyatakan keinginan untuk melibatkan diri dalam projek pembersihan Sungai Klang. Walau bagaimanapun, Projek ini belum mencapai fasa pembersihan lagi, dan ia masih di peringkat kajian yang dijalankan oleh JPBD, PTG, LUAS dan JPS. Kontraktor hanya dipanggil untuk memberi pembentangan, dan tiada lagi yang dilantik.

  3. Sila nyatakan apakah manfaat yang akan dinikmati oleh rakyat Negeri Selangor sekiranya projek tersebut berjaya dilaksanakan.

    Selain dari projek penstrukturan semula aset-aset air, projek yang adalah masih di dalam peringkat awal di mana kajian sedang dibuat sebelum pelan induk (masterplan) dilancarkan. Kesan program ini belum lagi diperoleh kerana projek rangsangan ekonomi ini adalah untuk tujuan masa depan. Pada masa hadapan, kesan ini akan bertambah lagi, iaitu:

     

    • Projek Sungai Klang

    Projek pembersihan dan pemuliharaan Sungai Klang dijangka mengambil masa 20 tahun dan dijangka akan membawa masuk pelaburan sebanyak RM30 bilion, menambahkan lebih 50,000 peluang pekerjaan dan juga menambahkan nilai tanah di kawasan Sungai Klang. In merupakan sumber pendapatan baru kepada Kerajaan Negeri

     

    • Pembangunan Semula Bandar (Urban Renewal)

    Pembangunan semula bandar dijangka mengambil masa 10 tahun dengan fokus diberikan pada bandar-bandar seperti Klang dan sesetengah kawasan di Petaling Jaya (Seksyen 1, 2, 3, 4, 51, 51A, 52) yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan semula. Projek ini dijangka akan menambah baik kehidupan wargawarga bandar dan meningkatkan nilai tanah di kawasan-kawasan tersebut.

     

    • Meningkatkan Hasil Padi (Padi Yield Enhancement)

    Projek ini telah dilancarkan dan dilaksanakan sejak awal tahun 2009. Setakat ini, hasil-hasil padi telah berjaya ditingkatkan sehingga 50% di kawasan-kawasan terlibat seperti Sawah Sempadan dan Pasir Panjang. Pendapatan petani-petani telah berjaya ditingkatkan daripada purata RM600 sebulan sehingga mencapai RM1,500 sebulan. Projek ini masih di peringkat awal dan dijangkakan keputusankeputusan yang lebih memberangsangkan akan diperoleh

     

    • Rumah-rumah Terbengkalai (Abandoned Housing)

    Projek ini masih di peringkat awal. Kerajaan negeri dan penglibatan Lembaga Perumahan dijangka akan mengeluarkan pelan induk (masterplan) tidak lama lagi. Projek ini diharapkan akan dapat menyelesaikan isu-isu projek terbengkalai dengan kerjasama rapat kerajaan negeri, pemaju dan pembeli. Setakat ini, 5 perunding profesional telah dipanggil dan diarahkan supaya setiap daripada mereka mengemukakan cadangan mengenai 2 atau 3 projek daripada keseluruhan 144 projek terbengkalai yang mempunyai nilai untuk dihidupkan semula.

     

    • Penstrukturan Semula Aset-aset Air (Water Assets Restructuring)

    Penstrukturan semula aset-aset air adalah penting untuk mengembalikan pemilikan aset-aset air kepada kerajaan negeri. Tujuannya adalah untuk memastikan pengguna mendapat khidmat yang paling cekap dan memastikan harga yang dibayar untuk air yang merupakan keperluan asas manusia adalah berpatutan. Kerajaan Negeri komited untuk memastikan air percuma pada 20m3 pertama akan terus dilaksanakan untuk kepentingan rakyat

     

    • Pengangkutan Awam

    Projek ini masih di peringkat awal. Kerajaan negeri dengan kerjasama agensiagensi yang terlibat sedang membuat kajian tentang cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan bagaimana pengangkutan awam dapat digunakan sebaiknya terutamanya di kawasan-kawasan seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang, Kajang, dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.