Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

127) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang antaranya meliputi Projek Pemulihan dan Pembangunan Sungai Klang. Apakah perkembangan projek pemulihan tersebut dan berapakah nilai pelaburan yang telah dibawa masuk?

    1. Setakat ini, 3 syarikat telah di senarai pendek oleh Kerajaan Negeri untuk terlibat dengan projek ini pada  kapasiti  yang    Syarikat-syarikat  tersebut adalah :-

     

    • TSS-MAKO Engineering Sdn.
    • Wessex Water Sdn Bhd / I Berhad
    • GJA Engineering & Construction Sdn. Bhd.
  2. Adakah projek ini selaras dengan cadangan projek Greater KL yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan?

    1. Bagi mengelakkan sebarang pertindihan dan mendapatkan synergy yang lebih baik, Kerajaan Negeri sedang bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi Projek Pembersihan dan Pemuliharaan Sungai di bawah Projek “River of Life” iaitu sebahagian daripada Projek “Greater KL/KV “ yang menjadi salah satu ters Transformasi Ekonomi Nasional,
  3. Adakah kerajaan negeri menyediakan peruntukan untuk projek tersebut tahun ini?

    Projek Pemuliharaan dan Pembangunan akan dibiayai oleh pihak swasta melalui Public / Private Partnership (PPP) atau Private Financing Initiative (PFI). Walau bagaimana pun, di bawah Task Force Pembersihan Sungai bagi Projek River of Life yang dipimpin oleh JPS, bagi tahun 2011 sebagai permulaan sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan kepada Selangor di mana MPAJ telah dilantik sebagai agensi pelaksana. Peruntukan tersebut adalah bagi penyediaan Sistem Rawatan Air di Salur Keluar Sistem Perparitan Utama ke Sungai Klang di  Taman  Melawati, Hulu Kelang, Daerah Gombak Selangor yang akan disiapkan dalam tahun

     

Lampiran

Tiada Lampiran.