Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
108) PAKEJ BANTUAN SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan hotel, resort dan rumah tumpangan yang ditutup di Negeri Selangor akibat pandemik COVID-19?
Berdasarkan rekod Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Selangor Chapter, sehingga bulan Februari 2022 sebanyak 4 hotel yang telah tutup operasi sepenuhnya akibat penguatkuasaan PKP dan pandemik Covid-19. Senarai hotel berkenaan adalah seperti berikut :
-
Apakah bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri kepada pengusaha pusat pelancongan tempatan?
Pihak Kerajaan Negeri melalui pihak Tourism Selangor telah bersedia memperkasakan semula sektor pelancongan di Negeri Selangor dengan memperkenalkan bantuan atau insentif yang dapat dimanfaatkan oleh sebahagian besar penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor.
Antaranya adalah seperti Pakej Prihatin Kita Selangor 2.0 melalui Geran Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan dan Pertandingan Pitching Pelan Pemulihan Bagi Semarakkan Semula Sektor Pelancongan Domestik Negeri Selangor. Jangka masa proses permohonan Geran Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan ini dibuka sehingga 31 Mac 2022, manakala Pertandingan Pitching Pemulihan Pelancongan akan bermula pada bulan Jun 2022.