Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
270) PAKEJ A SKIM JAMINAN AIR MENTAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan progres Pakej A SJAM setakat hari ini.
Secara keseluruhan, prestasi kemajuan Pakej A SJAM setakat 31 Oktober 2024 telah mencapai 92.48% dan mematuhi Pelan Pemulihan yang dikemukakan dalam usaha untuk memastikan kerja-kerja di tapak bina siap sepenuhnya pada 31 Disember 2024.
Kerja-kerja utama yang melibatkan pemasangan struktur jeti keluli dan paip telah siap manakala bagi pemasangan pam dan pemasangan injap dijangka siap mengikut jadual pada 21 November 2024.
Buat masa ini, kontraktor menumpukan kerja-kerja Mechanical & Electrical yang perlu disiapkan sebelum 27 November 2024 bagi memastikan kerja-kerja pengujian dan pentauliahan boleh dibuat bermula dari 1 Disember 2024. Penyerahan projek siap kepada Kerajaan Negeri dijadualkan pada 17 Januari 2025.