Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
131) PAJAKAN TANAH-TANAH KERAJAAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah Syarikat Persendirian yang diberikan pajakan tanah-tanah Kerajaan Negeri di Selangor?
Sebanyak 62 kelulusan permohonan telah diberikan kepada Syarikat persendirian bagi pajakan tanah rizab Kerajaan di Negeri Selangor bagi tahun 2021 sehingga 2023.
-
Apakah nama- nama Syarikat Pendirian tersebut dan berapakah luas tanah dipajakkan?
Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama Syarikat bagi tahun 2021 sehingga tahun 2023.
-
Berapakah hasil kutipan daripada pajakan tanah tersebut?
Jumlah kutipan premium bagi pajakan tanah rizab adalah seperti dilampiran.