Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
16) PAJAKAN TANAH
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kriteria dan syarat supaya seseorang dapat menikmati pemilikan tanah secara tetap / selamanya ataupun secara pajakan?
Pemberimilikan tanah Kerajaan Negeri selepas berkuat kuasa Kanun Tanah Negara adalah terikat dengan peruntukan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara yang mengehadkan kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk meluluskan pemberimilikan tanah bagi tempoh yang tidak melebihi 99 tahun.
Di bawah Kanun Tanah Negara 1965, pemberimilikan selama-lamanya di bawah Seksyen 76 hanya diberikan atas-sebab-sebab istimewa seperti berikut:-
- jika Kerajaan Persekutuan memerlukan Pihak Berkuasa Negeri untuk menyerahkan hak milik buat selama-lamanya dibuat kepada Kerajaan Persekutuan atau kepada pihak berkuasa awam atau sekiranya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk membuat suatu hak milik buat selama-lamanya kepada Kerajaan Persekutuan;
- jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah itu akan digunakan untuk tujuan awam; atau
- jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaan-keadaan khas yang memerlukan ia dibuat demikian
Walau bagaimanapun, tanah-tanah yang diberi milik sebelum Kanun Tanah Negara, terdapat tanah-tanah yang diberi milik untuk tempoh selama-lamanya. Jika tanah tersebut diberi milik semula, ianya akan dikekalkan secara hak milik selamalamanya. Bagi hak milik pajakan, undang-undang tidak membenarkan ianya ditukar taraf kepada hak milik selama-lamanya.
-
Adakah faktor-faktor sejarah dan perlembagaan diambil kira apabila keputusan untuk mempertimbangkan hak-hak individu pemilik?
Pertimbangan bagi sesuatu permohonan pemberimilikan tanah dibuat mengikut kaedah undang-undang.