Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

160) PAJAKAN TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah isu-isu seperti hak milik bebas / tetap dan pegangan pajakan sedang dipertimbangkan oleh 'task force' tanah baru selain daripada pentaksiran premium?

    Isu-isu seperti hakmilik bebas/tetap dan pegangan pajakan tidak dipertimbangkan oleh
    ‘task force’ tanah baru selain untuk tujuan meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan
    Negeri melalui hasil bukan cukai.

  2. Adakah kerajaan negeri akan mengumumkan kadar premium kepada orang awam untuk ulasan dan persetujuan sebelum pungutan premium?

    Kadar pengenaan premium telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri melalui Kaedah
    Tanah Selangor (pindaan) 2003. Premium hanya akan dikenakan setelah Kerajaan
    Negeri meluluskan tanah kepada mereka yang berkelayakan.

  3. Adakah istilah "premium" sah atau patut istilah "sambungan" (extension) atau "bayaran pentadbiran" (administrative fee) digunakan untuk mencerminkan status betul cadangan untuk mengenakan bayaran bagi lanjutan pajakan?

    Istilah premium yang digunakan sekarang adalah sah di sisi Kanun Tanah Negara 1965
    kerana premium adalah salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon setelah
    diluluskan permohonan lanjut tempoh pajakan. Sekiranya premium yang dikenakan tidak
    dijelaskan oleh pemohon, hakmilik baru tidak akan didaftarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.