Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
101) PAJAKAN DAN PEMBANGUNAN TANAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri sedang lakukan untuk memastikan bahawa kepentingan rakyat adalah dilindungi dan diberikan kedudukan atau status hak milik kekal atau selamanya untuk tanah mereka tanpa apa-apa bayaran premium di mana ia adalah hak mereka?
Berhubung pemberimilikan tanah kerajaan, Pihak Berkuasa Negeri mengamalkan dasar
Kerajaan Berkebajikan di mana pemberimilikan tanah-tanah baru dan perlanjutan
tempoh pajakan diberikan kepada pemohon yang layak khususnya bagi tujuan
bangunan kediaman.
Dalam pelaksanaan dasar ini, Pihak Berkuasa Negeri terikat dengan peruntukan
undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) di mana bawah peruntukan
Seksyen 42 Kanun Tanah Negara, pemberimilikan tanah kerajaan boleh diluluskan
secara pajakan tidak melebihi tempoh 99 tahun. Sebagai balasan kepada Pihak
Berkuasa Negeri secara “win-win situation”, individu yang diluluskan pemberimilikan
tanah kerajaan dikehendaki menjelaskan pembayaran premium tanah yang mana
merupakan hasil kepada Kerajaan Negeri yang kemudiannya disalurkan untuk tujuan
pembangunan negeri dan kebajikan rakyat. -
Adakah Kerajaan Negeri akan menggunakan isu pajakan tanah sebagai satu alat untuk pembangunan atau pembangunan semula Bandaraya Petaling Jaya?
Cadangan pembangunan semula di kawasan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1
(Seksyen) adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti persekitaran dimana ianya
melibatkan kawasan yang usang, agak sesak dan tidak teratur serta kawasan yang
berusia melebihi 30 tahun dan mempunyai tahap keupayaan infrastruktur yang rendah. -
Jika akan berlakunya pembangunan atau pembangunan semula di Bandaraya Petaling Jaya, bagaimanakah ini akan dilakukan?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 22 Oktober 2009
telah menolak soalan ini