Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

73) PAIP PECAH DI KAWASAN KUALA KUBU BHARU

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kes paip pecah yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Kuala Kubu Bharu sejak tahun 2021 mengikut kawasan.

    Bagi tahun 2021, terdapat 19 kes paip pecah yang telah berlaku di 8 kawasan. Kawasan-kawasan tersebut adalah Jalan Kolam Air (8 kes), Ampang Indah (2 kes), Bukit Bunga (1 kes), Taman Damai (1 kes), Jalan Pahang (2 kes), Padang Golf (1 kes), Taman Seruling (1 kes), dan Taman Juta (3 kes). Bagi tahun 2022 pula, setakat ini terdapat 12 kes paip pecah yang telah dilaporkan di 3 kawasan. Kawasan-kawasan tersebut adalah Jalan Kolam Air (9 kes), Ampang Indah (2 kes) dan Pekan Kuala Kubu Bharu (1 kes).

  2. Adakah Air Selangor menyedari bahawa Hospital Kuala Kubu Bharu terkesan daripada kes paip pecah sejak bulan Februari 2022? Jika ya, nyatakan tindakan dan cadangan Air Selangor supaya tidak menyusahkan pesakit hospital tersebut.

    Air Selangor sedia maklum mengenai bekalan air ke kawasan Hospital Kuala Kubu Bharu yang terkesan daripada kes paip pecah tersebut. Cadangan penggantian paip bersaiz 250mm yang membekalkan air ke pekan Kuala Kubu Bharu dengan jarak 540m telah diluluskan dan akan dilaksanakan pada tahun ini. Manakala penggantian paip bersaiz 300mm yang membekalkan air ke Hospital dan kawasan sekitar dengan jarak 540m masih dalam proses kelulusan.

  3. Adakah Air Selangor akan melaksanakan kerja-kerja penggantian paip di kawasan Jalan Padang Tembak, Kuala Kubu Bharu pada tahun ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Cadangan penggantian paip bersaiz 250mm di kawasan Jalan Padang Tembak dengan jarak 2.4km telah diluluskan dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.