Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

255) PAIP AIR LAMA DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini Program Penggantian Paip Air Lama di Selangor secara terperinci.

    Untuk tahun 2016, kawasan hotspot yang telah dikenal pasti untuk daerah Hulu Selangor adalah seperti berikut :

    Kawasan : Kg Assam Kumbang

    Anggaran bil Penduduk Terlibat : 1,444 orang Anggaran panjang paip yang akan diganti : 3.47 km

  2. Nyatakan jumlah kes dan kos penyelenggaraan paip pecah mengikut daerah pada Januari hingga Jun tahun 2016.

    Tertakluk kepada peruntukan kewangan untuk penggantian paip air lama daripada Kerajaan Negeri dan PAAB bagi tahun 2017 sehingga 2019, tujuh (7) lagi projek penggantian paip di kawasan hotspots Hulu Selangor sedang dirancang untuk pelaksanaan seperti berikut:

     

    Bil.

     

    Kawasan

    Panjang

    (km)

    1 Jln Syed Mansor Kuala Kubu Baharu 1.2
    2 Kg Genting Permai Batang Kali 2.6
    3 Kg Sg Buaya Peringkat 1 2.0
    4 Kg Lim Tan Rawang 2.0
    5 Jln Besar Kg Keliang 3.0
    6 Kg Pasir Putih Kalumpang 5.0
    7 Rumah Murah Rasa 1.0
    Jumlah 16.8

     

  3. Nyatakan jumlah 'Zon Pengurusan Tekanan' yang ditubuhkan mengikut daerah.

    Tidak ada sebarang unsur sabotaj yang menyebabkan kejadian paip pecah di kawasan Kuala Kubu Baru. Kejadian paip pecah adalah disebabkan faktor usia paip yang telah lama ataupun disebabkan oleh kecuaian pihak ketiga ketika melakukan kerja berhampiran dengan paip air sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.