Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

188) PAIP AIR BOCOR DI JALAN BESAR SERENDAH KE ANTARA GAPI

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha pihak Air Selangor dalam menangani masalah paip air yang kerap kali bocor di jalan besar dari Serendah ke Antara Gapi?

    Bagi mengatasi masalah paip pecah, Air Selangor telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang kritikal di Jalan Besar dari Serendah ke Antara Gapi untuk disenaraikan dalam program penggantian paip. Di bawah Program Penggantian Paip Tahun 2022, Air Selangor akan melaksanakan program penggantian paip di kawasan DUN Batang Kali yang melibatkan:

     

    Pertama: Hulu Selangor dengan lokasi hotspot di Jalan Besar Kl ke Ipoh (Ulu Yam). Kerjakerja tersebut dijangka akan dilaksanakan sepanjang 29 Julai 2022 hingga 2023 bagi penggantian paip bersaiz 450 mm diameter dengan anggaran panjang 1 km.

     

    Kedua: Kerja-kerja penggantian paip juga telah direncana di Wilayah Hulu Selangor tetapi melibatkan lokasi hotspot di Jalan Besar KL ke Ipoh (Serendah). Bagi tujuan ini, Air Selangor merancang perlaksanaan kerja-kerja penggantian i) paip bersaiz 450 mm diameter dengan anggaran panjang 2.2 km dan (ii) paip bersaiz 400 mm diameter dengan anggaran panjang 1.5 km pada 29 Julai 2022 hingga 23 Julai 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.