108) KESIHATAN MENTAL
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak daripada peruntukan RM1 juta untuk kesihatan mental telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah jenis program yang telah dilaksanakan di bawah subsidi kesihatan mental ini?
108) MANIFESTO BIMBINGAN PERNIAGAAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah program keusahawanan dan bilangan dilatih dari 2008 hingga kini?
-
Apakah ukuran untuk memastikan kejayaan program bimbingan ini?
108) SKIM PINJAMAN PENDIDIKAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah bilangan Skim Pinjaman Pendidikan yang sedia ada di Negeri Selangor?
108) KAJIAN KEMISKINAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan penemuan-penemuan kajian tersebut?
-
Siapakah yang terlibat dalam kajian tersebut?
108) PENYELENGARAAN SAMPAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Di kebanyakan projek pembangunan PKNS, Alam Flora ditugaskan untuk menyelenggarakan sampah. Apakah prestasi Kutipan sampah?
-
Pemotongan rumput?
-
Pembersihan parit?
108) PARIT JEPUN (PARIT GUNASAMA)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah penyelesaian pejabat tanah terhadap parit jepun?
-
Apakah polisi kerajaan untuk jangka masa panjang?
108) PROGRAM USAHAWAN BELIA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah program bagi menggalakkan belia India menjadi usahawan dan bagaimanakah penggunaan peruntukan 1 juta untuk usahawan belia India?
108) PENCURIAN PASIR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Dalam usaha membanteras pencurian pasir, penguatkuasa telah pun pernah menahan beberapa ÔexcavatorÕ (jentera pengorek pasir). Akan tetapi, Kerajaan Negeri dan KSSB tidak mempunyai ÔloaderÕ untuk membawa balik excavator-excavator yang dirampas. Excavator-excavator pun ditinggalkan begitu sahaja dan akhirnya diambil balik oleh pencuri pasir. Adalah difahamkan bahawa syarikat-syarikat swasta yang mempunyai ÔloaderÕ tidak berani untuk menyewa kepada Kerajaan Negeri kerana mereka telah pun diberi amaran oleh pencuri-pencuri pasir ini. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?
108) KESELAMATAN & PENGURANGAN KADAR JENAYAH
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk memperkasakan Pasukan Keselamatan Kampung (PKK).
-
Sila nyatakan sebarang insentif yang telah diberikan kepada sukarelawan Pasukan Keselamatan Kampung (PKK)
108) STATISTIK KUTIPAN SISA KITAR SEMULA DUN HULU KELANG
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berikan statistik kutipan sisa kitar semula yang dijalankan oleh MPAJ bagi DUN Hulu Kelang sepanjang tahun 2018.