108) PROGRAM BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan penerima bantuan Blueprint DUN Balakong pada tahun 2024.
108) SAMBUNGAN HORAS600 DAN POND C KEPADA LRA SSP1,2,3 DAN SG SEMENYIH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan progres projek sambungan HORAS600 dan Pond C kepada LRA SSP1,2,3 dan Sg Semenyih.
-
Sila bekalkan Gantt chart projek tersebut.
108) SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SI KEMBAR)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan negeri memperuntukan subsidi RM100 seorang anak ke nurseri untuk mengurangkan beban ibu bapa.Berapa jumlah yang telah dibelanjakan untuk pemberian subsidi SI KEMBAR sehingga 2013?
-
Berapakah jumlah ibu bapa yang telah menerima manfaat dari SI KEMBAR mengikut daerah, Parlimen dan DUN?
108) JAJARAN REL KITA SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Adakah Jajaran Rel Kita Selangor telah dimuktamadkan dan senaraikan laluan-laluan tersebut?
-
Apakah limpahan ekonomi daripada jajaran Rel Kita Selangor?
108) KEGIATAN MENGOREK PASIR DI KG KUALA AMPANG
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Terdapat aduan bahawa kegiatan melombong pasir di pertemuan Sungai Ampang dan Sungai Kelang di Kg Kuala Ampang, Hulu Kelang berjalan rancak selama kira-kira 8 bulan sebelum Pilihan raya Umum ke-12. Kegiatan itu dihentikan beberapa hari sebelum hari mengundi. Awal bulan Julai 2008, kegiatan mengorek dan mengangkut pasir ini dijalankan semula. Sila kemukakan anggaran keuntungan (jika ada) atau kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri daripada kegiatan perlombongan pasir tersebut.
-
Jika kegiatan perlombongan pasir tersebut merupakan satu kegiatan haram, apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan terhadap pesalahnya
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam melibatkan penyertaan masyarakat dan orang ramai dalam memantau dan membuat aduan terhadap kegiatankegiatan perlombongan pasir haram selaras dengan dasar kerajaan memasyarakatkan ekonomi rakyat.
108) INDUSTRI AIR DI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini tentang rundingan pengambil-alihan industri dan aset air di Selangor?
-
Kerajaan Persekutuan sedang membina paip air untuk menyalur air dari Pahang ke Selangor dan menuduh Kerajaan Selangor sengaja melengahkan projek ini. Apakah penjelasan kerajaan Selangor?
108) KECEMERLANGAN DESA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah program-program untuk meningkatkan pembangunan dan kecemerlangan kampung-kampung tradisi?
-
Adakah kampung-kampung di Selangor terlibat dengan pertandingan Desa Cemerlang Kebangsaan dan kampung manakah yang terlibat?
108) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah kedudukan sebenar prestasi kewangan Negeri Selangor dalam tempoh masa 3 bulan yang pertama tahun 2010 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2009 ?
-
Sila nyatakan apakah pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan khususnya faktor kemelesetan ekonomi global yang tidak menentu ?
-
Sila kemukakan butiran secara terperinci perbandingan prestasi kewangan Negeri Selangor bagi tahun 2008 dan 2009 memandangkan keadaan ekonomi global yang masih tenat ?
108) PROGRAM SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah pendaftaran, jumlah tuntutan dan peratus pendaftaran mengikut DUN.
-
Selain daripada menuntut RM2500 selepas pemohon meninggal dunia, apakah manfaat yang pemohon boleh menikmati?
108) PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) JAIS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri memastikan pelajar cemerlang UPSR dari SRAI JAIS dapat masuk ke asrama penuh?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri kepada pelajar cemerlang ini yang tidak dapat masuk ke asrama penuh?