108) LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan LRA Labohan Dagang?
-
Adakah Kerajaan Negeri menghadapi sebarang masalah dalam membina LRA tersebut?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan ia siap dalam tempoh ditetapkan?
108) PEGAWAI PUSAT KHIDMAT DUN PPK
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah bila bermula penggal baru pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat ini segala jenis perlindungan diri dan caruman seperti Insurans, caruman PERKESO juga manfaat perubatan di tarik balik sedangkan PPK ini seperti kakitangan yang lain juga terdedah pada bahaya, jangkitan dan kemalangan?
108) BANTUAN KERUSI RODA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk menyumbang kerusi roda kepada DUN masing-masing setiap tahun?
108) PERBELANJAAN FESTIVAL BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU SERANTAU 2017
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pecahan perbelanjaan mengikut acara bagi penganjuran Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau pada Disember 2017 yang lalu?
108) SKIM PINJAMAN PENDIDIKAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah bilangan Skim Pinjaman Pendidikan yang sedia ada di Negeri Selangor?
108) MENGEMBANGKAN PERINDUSTRIAN PERTANIAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah program Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan tani untuk mengembangkan perindustrian pertanian?
108) LEBUHRAYA DAMANSARA-SHAH ALAM (DASH)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pegangan saham Kerajaan Negeri dalam DASH.
-
Nyatakan jumlah pampasan yang telah dibayar bagi membina lebuhraya tersebut.
108) MANIFESTO BIMBINGAN PERNIAGAAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah program keusahawanan dan bilangan dilatih dari 2008 hingga kini?
-
Apakah ukuran untuk memastikan kejayaan program bimbingan ini?
108) PARIT JEPUN (PARIT GUNASAMA)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah penyelesaian pejabat tanah terhadap parit jepun?
-
Apakah polisi kerajaan untuk jangka masa panjang?
108) PENCURIAN PASIR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Dalam usaha membanteras pencurian pasir, penguatkuasa telah pun pernah menahan beberapa ÔexcavatorÕ (jentera pengorek pasir). Akan tetapi, Kerajaan Negeri dan KSSB tidak mempunyai ÔloaderÕ untuk membawa balik excavator-excavator yang dirampas. Excavator-excavator pun ditinggalkan begitu sahaja dan akhirnya diambil balik oleh pencuri pasir. Adalah difahamkan bahawa syarikat-syarikat swasta yang mempunyai ÔloaderÕ tidak berani untuk menyewa kepada Kerajaan Negeri kerana mereka telah pun diberi amaran oleh pencuri-pencuri pasir ini. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?